Showing posts with label skincare lelaki. Show all posts
Showing posts with label skincare lelaki. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Produk Muka Kegemaran Saya

Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan, harini saya nak berkongsi produk yang saya guna untuk muka. 


First sekali, untuk pencuci muka, saya menggunakan T3 Acne Facial Foam. Dulu saya menggunakan Medik 8 dan selepas muka makin okay, saya tanya doktor kulit saya untuk bertukar yang lebih murah sikit sbb Medik8 mahal sangat. Then doktor bagi trial tube T3 ni dan Alhamdulillah sesuai. Harga dia RM15 sahaja boleh beli di Watsons atau Guardian atau mana-mana farmasi.

Sunday, February 14, 2016

Masalah Kulit Muka Jerawat dan Solusinya

Assalamualaikum semua. Dah lama saya tak berblog dan InshaAllah saya akan aktif berbloging lepas ni. Untuk post pertama setelah berkurun tidak berbloging, saya akan berkongsi mengenai masalah kulit saya. Pada bulan Mac 2015, muka saya ditumbuhi banyak jerawat-jerawat halus yang teruk.. TERAMAT TERUK! Habis semua tempat dekat muka ditumbuhi jerawat halus. Mula-mula jerawat pasir je, lepas tu jadi besar macam jerawat batu.