Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan, harini saya nak berkongsi produk yang saya guna untuk muka.
First sekali, untuk pencuci muka, saya menggunakan T3 Acne Facial Foam. Dulu saya menggunakan Medik 8 dan selepas muka makin okay, saya tanya doktor kulit saya untuk bertukar yang lebih murah sikit sbb Medik8 mahal sangat. Then doktor bagi trial tube T3 ni dan Alhamdulillah sesuai. Harga dia RM15 sahaja boleh beli di Watsons atau Guardian atau mana-mana farmasi.
Kulit saya ni senang naik jerawat kalau pakai produk tak sesuai. Tapi pakai ni Alhamdulillah tak breakout. Dah banyak tube dah pakai dan ni pencuci muka paling berkesan dan sesuai untuk saya.
Pros: Murah, sesuai dengan kulit, kulit tak tegang, x menyebabkan break out
Cons: Texture dia mcm viscous sikit so kena picit kuat sikit tapi okay je.. not a big problem pun for me
Next, Xorlyx 5. Xorlyx 5 ni mengandungi salicylic acid 5%. Ni saya beli dekat klinik. Harga dalam lingkungan RM30++ kot. Kalau nak tahu fungsi Salicylic acid ni, boleh klik SINI. Tak pun, cari jelah dekat Google heee. Mula-mula dulu saya pakai yang 10% punya setiap hari selama 2 jam, lepas tu bilas. Sekarang saya guna 5% punya pakai 2 hari sekali atau bila rajin atau mcm ada jerawat. Lagi satu, Xorlyx ni ointment tau, maksudnya dia oil based. Jadi agak melekitlah bila pakai sebab tu pakai 2 jam je dan tak pakai waktu jalan keluar.
Oxy 10. Oxy 10 mengandungi benzoyl peroxide 10%. Boleh didapati dekat mana-mana farmasi rasanya dengan harga belasan kot? Tak ingat juga.. Yang ni saya pakai waktu malam gantikan retinol yang saya pakai dulu. Dulu waktu jerawat menggila dekat muka, saya gunakan topical retinol(vitamin A). Sekarang bila dah okay, doktor suruh stop pakai retinol. Then saya pun gatal-gatal guna benzoyl peroxide ni waktu malam and YES! I LIKE IT! hahaha. sebab waktu pakai tu, ada sikit jerawat halus dekat pipi, tapi bila pakai ni dia kering dan hilang. Tapi mula-mula pakai muka mcm merah dan kering lah mcm burnt dalam 3 4 hari macam tu lah. Lepas tu okay je.
Pros: Ofcourselah berkesan lewls
Cons: warna baju menurun bila terkena baju.
Last sekali.... Sunblock! Sunblock adalah wajib okay. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke, sunblock adalah penting. Maybe ada orang fikir, tak lelakilah kalau pakai sunblock. Siapa fikir macam tu serious, fikiran dia memang kolot. Nanti kena cancer kulit, jeragat baru nak menyesal. Sekarang zaman 2016. Buat masa sekarang, saya guna sunblock jenama Zeroid. Saya beli di klinik RM80+- kot,, tak ingat. Guna dari bulan April atau Mei (kot) 2015 sampai sekarang tak habis lagi. Tapi tinggal sikit dah sekarang dan x sabar nak guna yang baru punya jenama Eucerin. Sunblock kalau nak beli better ambil yang hypoallergenic sebab takut kulit tak sesuai.
Okay! Itu sahaja yang saya nak kongsi! Secara kesimpulannya, 4 produk kat atas ni adalah produk yang wajib ada untuk saya dan amat sesuai. Terima kasih dan Assalamualaikum!




No comments:
Post a Comment