Assalamualaikum semua. Dah lama saya tak berblog dan InshaAllah saya akan aktif berbloging lepas ni. Untuk post pertama setelah berkurun tidak berbloging, saya akan berkongsi mengenai masalah kulit saya. Pada bulan Mac 2015, muka saya ditumbuhi banyak jerawat-jerawat halus yang teruk.. TERAMAT TERUK! Habis semua tempat dekat muka ditumbuhi jerawat halus. Mula-mula jerawat pasir je, lepas tu jadi besar macam jerawat batu.
Gambar ni waktu mula-mula baru tumbuh. Waktu ni rasanya bulan Mac 2015 kot. Baru masuk sem 2. Bayangkan tiba-tiba je muka naik dan betapa segannya nak jumpa orang.
Lepas lama-lama, biji-biji halus tu jadi merah macam gambar atas ni hah. Lagi lah jelas nampak dekat muka ni. Waktu ni memang down gila lah rasa. Rasa macam bila berjalan tu, semua orang tengok je. Tabah je waktu ni.
Oleh sebab muka makin teruk, balik rumah waktu cuti pertengahan sem, ibu bawa jumpa doktor kulit. Lepas tu, buatlah rawatan chemical peeling dengan picit jerawat tu. Ingatkan terus nampak perubahan, rupanya...
Hah! tengok gambar tu. semua jerawat jadi hitam-hitam sebab kesan picit dengan rawatan chemical peeling. Tapi yelah, tak kan terus flawless kan baru sekali treatment. Tabah je balik U muka jadi lagi teruk. Doktor ada cakap yang rambut panjang tu boleh jadi punca jerawat juga.. Baiklah doktor.
Tadaa... Redha gunting rambut bagi pendek. Doktor bagi ubat oral Doxymycin, Retinol(vitamin A) sapu, sunblock, pencuci muka dan Salicylic Acid Ointment 10%.
Sunblock jenama Zeroid RM80++ kot. SUNBLOCK AMAT PENTING! Sunblock ni serious tahan lama! sampai sekarang (Februari 2016) tak habis lagi hahaha.
Retinol RM50 kot? tak ingat lah sebab dah tak pakai lagi sekarang.. Ni semua kisah #throwback je heee.
Pencuci muka Medik 8 pun tak ingat lah harga dia.. rasanya dalam lingkungan RM150-180 kot dekat klinik tu. Guna tiga tubes je. Lepas muka dah ok, tukar ke pencuci muka lain yang lagi lagi lagi murah dan senang dapat. Nanti saya cerita dekat post seterusnya okay.
Ni pulak Salicylic Acid 10% harga dalam lingkungan RM40. Ni antara produk kegemaran dan masih guna sampai sekarang. Cuma sekarang saya guna 5% punya. Saya beli dekat klinik tu. Salicylic acid ni saya pakai setiap hari selama 2 jam, lepas tu basuh. Lebih kurang macam exfoliator/scrub lah.
Berkat kesabaran dan disiplin buat treatment dengan pakai produk tu...
Tadaaa! Ni gambar waktu hujung sem 2. Lebih kurang bulan 6 atau 7 atau 8 2015 haritu...
waktu ni tinggal parut-parut je..
Dan..... Gambar sekarang...
Masih ada jerawat satu dua dan bekas-bekas sikit. Tapi dah bersyukur sangat dah bila tengok balik gambar lama. Okay, itu sahaja yang saya nak berkongsi hari ini. Nanti kalau ada masa, saya akan update produk muka yang saya pakai sekarang ni. Terima kasih dan Assalamualaikum!













No comments:
Post a Comment